Meet The Blogger

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Just another girl in an attempt to make the best of her temporary time here on Earth.

Saturday, May 30, 2009

luahan

aku keliru. haruskah aku melepaskan cinta yang telah lama aku pertahankan selama ini? haruskah aku menerima cinta si dia? ya, dia tidak pernah jemu menungguku. dan dia juga tidak pernah melayan aku dengan buruk meskipun aku selalu menghampakannya. tapi mengapa hatiku masih belum terbuka untuk dirinya?

aku akui, aku masih mengharapkan kekasih lamaku. aku telah berjanji padanya sewaktu dahulu bahawa aku tidak akan berhenti mencintainya walau apapun yang terjadi. aku akan sentiasa berada disisinya. akan ku tunaikan janjiku itu, aku ingin buktikan bahwa janji-janjiku bukanlah sekadar omongan kosong yang tidak bermakna. apabila aku melafazkan, "i love you" dan "mek cinta ktk", aku sudah jauh dari permainan.

aku mengaku, dulu aku seorang yang bodoh dan naif dalam soal percintaan. bagiku, ungkapan "i love you" itu, hanya untuk menenangkan hati seseorang walaupun aku tidak maksudkannya. aku boleh mengatakan "i love you" kepada 3 lelaki pada waktu yang sama. aku kejam, aku mengaku.

tetapi, itu dahulu. sekarang aku berusia 18tahun dan 18 itu membawa seribu erti. aku berfikiran lebih matang, lebih dewasa. sebab itulah aku berasa begitu sulit dan sukar untuk melepaskan Zul dari hatiku. Zul telah mengajar aku banyak perkara. dia telah mengajar aku untuk bersabar, untuk lebih menghormati kedua orang tuaku, untuk tidak membiarkan kegagalan menghantui hari-hariku. dia mengajar aku erti cinta yang sebenarnya.

walaupun zul telah pergi dari sisiku, aku tetap akan sentiasa menanti kepulangannya. aku tetap bersabar sayang :)

dengan kepergian Zul, muncul pula kehadiran seorang insan lain. dia telah lama berada disisiku, namun baru sekarang dia meluahkan isi hatinya. aku terharu, aku terkejut mendengar luahannya. aku berterus-terang padanya bahawa aku masih mencintai Zul. dia mengerti dan even meminta maaf. tetapi sedikit sebanyak, hal ini menjejaskan persahabatan kami. dia tidak semesra dahulu. aku kesal dia meluahkan kata-kata itu. ungkapan tersebut memang boleh menyatukan 2 insan, tetapi ungkapan itu juga boleh membunuh sebuah persahabatan.

aku minta maaf andainya aku bersalah..



ps : aok, post tok ada jiwang ckit. bok kak bc novel tek. haha.

1 comment:

  1. sometimes kita dapat berjanji, tapi semua yang berlaku di depan kita kita x tauk. if we can't fullfill the promise, doesn't mean we r betraying the promise. just chill and relax. the answer will come. don't push yourself too hard. makin blur kelak =]

    ReplyDelete

What say you?